Oleh: Dr. Adian Husaini
Pada hari ini, Sabtu (25/9/2021), saya mengisi diskusi dengan guru-guru di satu sekolah Islam di Karawang, Jawa Barat. Temanya tentang pentingnya adab dalam pendidikan. Dalam acara tersebut, saya menyampaikan konsep adab, khususnya adab guru dan murid dan aplikasinya dalam pendidikan.
Terkait dengan adab guru-murid, salah satu contoh menarik adalah adab yang ditunjukkan oleh Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud kepada gurunya, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Meskipun sama-sama guru besar, Prof. Wan Mohd Nor selalu menyampaikan bahwa beliau adalah murid Prof. Syed Naquib al-Attas.
Berikut ini penjelasan Prof. Wan Mohd Nor tentang hubungannya dengan gurunya, Prod. Syed Muhammad Naquib al-Attas, sebagaimana dimuat dalam buku Rihlah Ilmiah Wan Mohd Nor Wan Daud (2021):
“Bila seseorang itu berjuang untuk sesuatu misi yang diyakininya benar dan penting sejak 1988 sehingga hari ini, dalam pelbagai bentuk formal dan tidak formal, banyak episode-episode yang dilalui bersama.
Beliau sentiasa ingat bahawa perjuangan kita ialah untuk menegakkan kefahaman sebenar dan tinggi mengenai agama Islam dan peranan ketamadunannya sebagai world history, sebagai satu gerakan besar yang telah mengubah sejarah umat manusia. Tujuannya ialah menyambung perjuangan para anbiya dan ulama ulung terdahulu. Metodologinya dengan ilmu multi-displiner, mendalam dan komparatif berserta niat yang sentiasa ikhlas, sederhana dan tegas bijaksana. Hampir dalam semua masalah, beliau akan memulakan dengan ilmu dan agama. Ini kadang-kadang menimbulkan salah faham golongan aktivis yang merasakan bahawa mereka sudah memiliki ilmu an mengamalkan agama dengan betul. Mereka dan sesetengah dari profesiona pula akan menganggap kaedah sebegini telalu teoretikal dan kurang praktikal.
Beliau seorang muaddib ulung. Menunjukkan kepada saya jalan pemikirannya bila mahu membalas sesuatu surat, menulis ucapan atau buku, daripada draf awal sehinggalah yang final.
Saya masih ingat pada awal penglibatan saya di ISTAC dan di waktu-waktu saya sangat tidak tahu cara-cara dan sifat-sifatnya, beliau satu hari berkata: Dr Wan, jika kadang kadang saya nampak marah dan keras, ini adalah kerana saya sudah biasa berdepan dengan pelbagai karenah manusia pelbagai agama dan tempat, saudara tidak harus takut dan berkecil hati. Bila beliau sesekali merasakan terlalu keras melahirkan pandangannya kepada saya, beliau akan cepat-cepat menelepon saya keesokan harinya, menyatakan bahawa belau tidak dapat tidur memikirkan hal itu, dan meminta maaf.
Bila saya meminta beliau memberi pandangan terhadap tulisan saya, belau akan membacanya dan memberi pandangan-pandangan yang selalunya bernas dan profound: dari peristilahan sehinggalah kepada struktur ayat, dan lain-lain.
Beliau banyak menasihati saya dalam pelbagai hal. Kali pertama beliau mahu menasihati saya dan mahukan perubahan baik dari saya, beliau bermula dengan meminta izin dari saya, seperti, “bolehkah saya nasihatkan anda sesuatu? Orang yang baik tidak akan berkecil hati jika ditunjukkan perkara-perkara yang boleh memperbaiki dirinya.” Tentulah saya akan mengizinkan, walaupaun agak bimbang juga akan kandungan nasihat itu. Tetapi sehingga kini semua nasihatnya adalah berdasar ajaran Islam dan adab-adab tinggi, secara langsung kepada saya, maupun kepada orang lain di mana saya ada sebagai saksi. Dalam pengalaman saya, beliau tidak pernah memarahi sesaorang staf di depan orang lain kecuali yang terlibat dalam kesalahan tersebut.
Beliau banyak menceritaka kisah-kisah perjuangan hidupnya, menunujukan gambar-gambar, surat, dan lain-lain. Kerap kali saya diajak menghadiri perbincangan dan pertemuan formal dan tidal formal dengan setiap pelawatnya dan orang yang mahu dilawatinya, daripada orang biasa kepada ketua negara. Dan jika saya tidak dapat hadir, beliau aan menceritakan kepada saya kemudiannya.”
*****
Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud mengaku sering ditanya, mengapa sebagai murid Prof. al-Attas beliau tidak pernah mengkritik ide atau perbuatannya, seolah-olah Prof. al-Attas itu tidak memiliki kelemahan manusiawi? Pertanyaan seperti itu juga sering disampaikan kepada murid-murid Prof. al-Attas lainnya. Terhadap pertanyaan seperti itu, Prof. Wan Mohd Nor memberikan jawaban seperti ini:
“Beliau adalah ilmuwan berwibawa, berintegritas tinggi dan guru saya. Saya mengagumi semua guru saya yang hidup atau pun yang telah wafat, Muslim atau non-Muslim. Guru seperti Prof. al-Attas itu lebih mulia dari ibu bapa saya sendiri. Guru itu ada rasa marah, sedih dan kecewa. Juga ada kelemahan-kelemahan manusiawi lainnya. Kelemahan manusiawi ibu bapa saya sendiri, tidak saya khabarkan kepada adik-adik saya, apatah lagi kepada dunia luar, kecuali jika kesilapan dan kelemahan itu melibatkan akidah, dan akhlak yang mendasar.
Dua guru saya yang paling saya kagumi ialah Fazlur Rahman dan al-Attas. Malah para sarjana Muslim lain pun, saya kagumi. Jika saya mengritik pemikiran dan perbuatan publiknya yang salah, saya tidak pernah mengritik pribadinya. Sekurang-kurang tidak di khalayak umum. Tetapi al-Attas bukan sahaja mengajar saya ilmu tetapi juga mendidik adab. Beliau disiplin meletakkan setiap sesuatu di tempatnya yang betul sehingga menimbulkan keadilan pada semua. Saya masih berusaha mengamalkan itu.
Al-Attas tidak pernah berpura-pura, dan tidak pernah saya lihat menunjukkan rasa takut atau takut dengan sesiapa, setinggi mana jawatan mereka sekali pun. Beliau sentiasa bisa mengawal emosinya, bila memerlukan diplomasi beliau akan mengunakan bahasa diplomasi, tapi mesejnya tetap jelas; bila perlu menunjukkan marah, akan ditunjukkan marahnya. Bila sesuatu amat menyentuh hati nuraninya, reaksinya juga kelihatan.
Apabila Encik Mat Ali Mat Daud, pendaftar ISTAC yang cekap dan rajin dan setia, pulang ke rahmatullah pada bulan Mei 2002, al-Attas dan keluarganya bergegas ke kediamannya di Bangi. Sambil berdiri di depan khalayak dan menunjukkan kepada mayat yang terkafan di depannya, beliau memuji ketinggian akhlak allahyarham, sambil bercucuran airmata. Pada waktu itu, mata saya juga hujan lebat melihat sosok ilmuan gagah perkasa menzahirkan sifat ikhlas sedemikian.”
*****
Dalam perjalanan hidup saya yang memasuki umur 56 tahun, saya juga telah berguru kepada ratusan guru yang hebat, sejak mulai ustad dan kyai di kampung sampai sejumlah ulama dan cendekiawan nasional dan internasional. Tidak ada guru yang sempurna. Mereka semua adalah manusia. Jangan karena hanya tertuju pada kelemahan pribadi seorang guru, lalu tidak mau mengambil manfaat keilmuan atau ketaladanan dalam berbagai aspek lainnya. Inilah pentingnya adab dalam hubungan guru dan murid, agar murid dapat meraih berkah dan ilmu yang bermanfaat. Wallahu A’lam bish-shawab.